~~::~~IsTaNa kAsIh~~::~~

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang dalam ketakutan

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen
Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas
dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan
dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.
Fatwa :


Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari
Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada
ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang
mengamalkan ajaran itu.



Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1


Tarikh Pewartaan :
29 Julai 2004

Keterangan :
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI
PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB QUBUR .



1. LATAR BELAKANG

1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang
menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang
kontroversi

1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan
Disember beliau telah menulis artikel bertajuk "Tiada azab kubur
selepas meninggal dunia " dan "percanggahan hadith mengenai azab
kubur

2. ASAS PANDANGAN BELIAU

2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan
pendiriannya seperti :-

2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad
tetapi hanya para ulama' sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya.

2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah
hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara
aqidah.

2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan
dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad.

2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur
kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil
jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang
kematiannya lewat.

3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR

3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan bahawa
azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil – dalil berikut :-

3.2 Dalil-dalil Al Quran

3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha
Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit.

Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ÖäßÇ
adalah azab qubur.

3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur
Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain selain
itu

Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di
dalam ayat ini adalah azab qubur.

3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3
Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui

Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab
qubur.

3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah
Ghafir ayat 46
Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari
terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : "Masukkanlah
Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras"

Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku sebelum hari
qiamat kerana ÚØÝ di situ membawa makna ãÛÇíÑÉ yang sudah tentu
tidak berlaku di dunia malah di alam barzakh.

3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka tenggelam lalu
dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong
bagi mereka selain dari Allah.

Huruf `fa' menunjukkan berturutan maka masuk neraka selepas lemas
berlaku berturutan dan ianya berlaku di alam barzakh dan bukan pada
hari qiamat.

3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 169-170
Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah
itu mati : bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendapat
rezeki.

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang
diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap
orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul
mereka. Bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak
(pula) mereka bersedih hati.

Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku sebelum hari qiamat
kerana kita diarahkan jangan menyangka mereka mati dan ayat
berkenaan memberitahu kita, bahawa mereka menunggu-nunggu saudara-
saudara mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid.

3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan ini , bahawa
sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan bahawa ayat ayat berkenaan
adalah merujuk kepada azab qubur maka pendapat yang mengatakan ianya
hanya tafsiran ulama' sahaja adalah tidak benar.Sahabat-sahabat yang
cukup terkemuka ini telah mendapat pengiktirafan Nabi SAW sendiri
seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Masud RA serta
penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang betul menguatkan
lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini merujuk kepada azab qubur.

4..3 Dalil-dalil Hadith

Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab qubur ini adalah
hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna.

4..31 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah
Saw melintasi dua qubur lantas baginda SAW bersabda :
Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan dosa-dosa
besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka
tidak dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah
belahkan masyarakat dengan adu domba.

4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma'thur dari Rasulullah
SAW ialah :
Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab
neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan
dan keburukan dari fitnah kefaqiran

4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta sanadnya dari Ibnu
Umar:

Sesungguhnya salah seorang dari kamu apabila mati diperlihatkan
kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Sekiranya dia bakal
menghuni syurga akan dilihatnya tempat duduknya di syurga begitulah
sebaliknya dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat dudukmu
sehinggalah Allah membangkitkannya pada hari qiamat kelak.

4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang menthabitkan `azab dan
ni'mat kubur, yang ditakhrijkan oleh hampir semua kitab-kitab hadis
utama, serta keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabÔÑÍ
ÇáÚÞíÏÉ ÇáØÍÇæíÉ pada muka surat 572 hingga 588.
Di antara penegasan yang tersebut dalam kitab ini adalah sebagai
berikut:
Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan
azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga
sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri'tiqad wujudnya yang
demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan
keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.


4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab:
Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah S.A.W
di dalam mengithbatkan soal jawab mayat keatas mayat di dalam
kuburnya dan juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-
nikmat dan azab kubur bergantung pada akidahnya (simati) dan
amalannya (simati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam
masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari para
sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahlus
Sunnah Wal Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur).

4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini, Syekh Muhammad
Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam kitabnya:
Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam quburnya seandainya kamu
tidak akan ditanam (di dalam qubur ) nescaya aku meminta dari Allah
supaya diperdengarkan kepada kamu azab qubur yang aku dengar
daripadanya "

Faedah-Faedah Hadis :
Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan dengannya
adalah mutawatir, maka tidak ada ruang untuk ragu-ragu berkaitan
dengannya, dengan dakwaan bahawa hadisnya adalah hadis ahad dan jika
kita menerima bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil
hadis-hadis itu.

Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam al-Quran yang
menunjukkan azab kubur, maka satu hadis ini sudah mencukupi untuk
menetapkan akidah ini. Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan
hadis-hadis ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di
dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam yang muktabar –
seperti Imam-Imam yang empat dan selain mereka – bahkan ia adalah
pendapat yang datang daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan
ketiadaan dalil daripada Allah.

5.4 Ijma'

5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy'ari, di dalam kitabnya menyatakan bahawa thabitnya `azab kubur merupakan "
ijma' " sahabat-sahabat Nabi SAW. Beliau menulis sebagai berikut: Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah diriwayatkan dari
nabi dan dari sahabat baginda SAW serta tiada seorang pun dari
kalangan mereka menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya
kepercayaan azab qubur ini sudah menjadi ijma' di kalangan para
sahabat.

5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al `Uthaimin, di dalam bukunya mengatakan bahawa thabitnya `azab kubur adalah ijma'
kaum muslimin. Beliau menulis sebagai berikut:
Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan adanya nikmat
qubur atau azab qubur dan telah datang dalil yang banyak dari Al
Quran dan Sunnah bahkan kita mengatakan ia adalah ijma' kaum
muslimin.

6. PANDANGAN ULAMA' MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH AHAD DALAM
TASYRI'

6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya maka ia
mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib beriman dan beramal
dengan segala tuntutannya . Ini dijelaskan oleh beberapa ulama'
seperti berikut :-

6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-`Iz di dalam Syarh Tohawiyyah
Khabar yang dibawa oleh seorang apabila diterima oleh sekalian umat
sebagai amalan dan kepercayaan memberi faedah kepada ilmu yaqin
disisi majoriti umah dan ia adalah salah satu dari dua kategori
mutawatir. Tiada perselisihan di kalangan salaf tentang perkara ini.

6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari
Para sahabat dan tabien biasa beramal dengan khabar wahid tanpa ada
bantahan dan mereka bersepakat mengenainya.

6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya
Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.) mengenai azab
qubur. Di dalam sahihain daripada umil mukminin Aisyah (r.a.)
berkata seorang hamba apabila diletakkan diquburnya dan orang lain
berpaling sehingga ia mendengar derapan kasut, dua malaikat
mendatanganinya dan mendudukkannya dan berkata kepadanya: apa yang
kamu katakana kepada lelaki ini (Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik
saksi bahawa ia adalah hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan
kepadanya lihatlah tempat dudukmu di neraka, telah ditukar oleh
Allah dengan tempat duduk di syurga. Adapun orang kafir dan munafiq
menjawab – tidakku ketahui hanya aku berkata dengan apa yang
dikatakan oleh orang. Maka ia dipukul dengan penukul besi di antara
kedua telinganya lantas menjerit hingga suaranya didengari kecuali
jin dan manusia.

7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB QUBUR

7.1 Menurut Ulama' , mayat yang tidak diquburkan seperti disimpan di
dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat , atau terbakar atau hancur
berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah
kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama' seperti
berikut :-

7.1.1 Sesiapa yang tidak diquburkan seperti disalib dan sebagainya tetap
akan menerima soalan dan himpitan qubur.

7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq mengatakan :
Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur itu adalah azab
barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan
menerima habuannya sama ada ia diquburkan atau tidak walaupun
dimakan binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau
tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana
orang yang diquburkan juga.

8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN MENDAPAT AZAB

8.1 Ibn Abi Al `Iz telah memberi komentarnya dalam Syarh Tohawiyyah
Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan
azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga
sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri'tiqad wujudnya yang
demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan
keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.

9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA

9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk diperbincangkan namun
ianya hanya sesuai di kalangan ahli ilmu khususnya dari kalangan
ahli hadith , ahli fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak
ramai kerana ia akan membawa implikasi berikut :-

9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat .
9.1.2 Umumnya di Negara ini menerima dan mempercayai azab qubur
memang ada dan kepercayaan ini sedah established .
9.1.3 Tidak ada untungnya isu ini ditimbulkan malah merugikan .
9.1.4 Sedikit sebanyak akan mengikis kepercayaan masyarakat yang
kurang faham dengan ulumul hadith terhadap hadith-hadith khusunya
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim . Begitu juga kepercayaan
terhadap para ulama' akan luntur sedikit demi sedikit .

10. PANDANGAN ULAMA' MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB QUBUR

10.1 Menurut
Dr Muhd
Saed Ramadhan Albuty berpendapat selepas mendatangkan dalil- dalil
kewujudan azab qubur:

Apabila engkau mengetahui perkara ini maka sesungguhnya kami
mengatakan :
Adapun mengingkari azab kubur, dari asalnya (mengingkari azab kubur
secara keseluruhannya) maka dia tergelincir kepada kekufuran kerana
telah thabit daripada dalil yang qatie mengenainya seperti yang
engkau ketahui.

Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui sama ada untuk
roh sahaja ataupun roh dan jasad atau sebahagian dari anggota badan,
maka yang demikian itu tidak membawa kepada kekufuran kerana
pendapat yang kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh
sahaja atau roh dan jasad memerlukan kepada pengkajian yang teliti,
dimana tidak ada dalil yang qatie dan jelas seperti adanya azab
kubur dan nikmatnya.


10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat 311 Sayyid
Sabiq menyebutkan:

Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah – iaitu Imam Ahmad –
Azab kubur itu adalah benar tidak mengingkarinya melainkan orang
yang sesat lagi menyesatkan.

11. KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada
23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa
menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al
Quran dan Al Hadith serta Ijma' Ulama' adalah terkeluar dari ajaran Islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Peminat

iluvislam