~~::~~IsTaNa kAsIh~~::~~

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang dalam ketakutan

"Siapakah yang harus saya sayangi selepas Allah dan Rasulullah?" Rasulullah menjawab Ibumu...ibumu...ibumu...kemudian baru bapamu...


Salam sejahtera dan selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia khususnya di Malaysia...Ibu adalah anugerah yang Allah beri kepada kita sebagai anak, dan kita bertanggungjawab untuk menjaga mereka dari segenap sudut. Apabila kita merenung kembali kepada sabda Nabi s.a.w. di atas, maka kita akan terfikir mengapa dan kenapa Rasulullah berketa sedemikian rupa. Terlalu banyak persoalan yang dapat diputarkan di sini. Antaranya, pernahkah kita mendengan kata-kata bahawasanya seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, dan sepuluh anak tidak mungkin dapat menjaga seorang ibu...Subhanallah...Maha suci Allah yang menjadikan hati wanita yang bergelar ibu untuk menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran di atas muka bumiNya ini.

Meninjua kita pada dewasa ini, manusia menafikan hak mereka untuk bergelar ibu. Dengan jenayah pembuangan bayi yang lebih kejam daripada binatang dan umat pada zaman jahiliyah dahulu. Jika kita bandingkan umat jahiliyah dahulu, walaupun mereka membunuh bayi perempuan mereka, tetapi mereka "mengembalikan" bayi itu ke tanah dengan menanam bayi itu hidup-hidup...kejam bukan?? Jika kita lihat amaalan masyrakat kita pada hari ini, lubang tandas, tong sampah, longkang yang menjadi destinasi "kembalinya" nyawa si anak..secara waras dan logika akal yang sempurna, kita fikir, dimanakah letaknya naluri hati seorang insan sesama insan yang seharrusnya ada dalam diri manusia...wallahualam..

Sempena hari ibu ini, marilah kita sama-sama hargai ibu-ibu yang masih ada. Jangan sakiti mereka, jangan derhaka pada mereka, jadilah anak yang sentiasa membuat si ibu mengukir senyuman kerana kebaikan dan keikhlasan kasih sayang yang kita hulurkan serta bukan menjadi anak yang menyebabkan menitisnya air mata kerana kealpaan kita terhadap keduniaan ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Peminat

iluvislam