~~::~~IsTaNa kAsIh~~::~~

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang dalam ketakutan

Salam satu dunia..


Pelbagai musibah datang dan pergi, pelbagai dugaan menjelma tanpa diimpi. Andai itu suratan Ilahi, hati ini redha dengan apa yang tersirat ini. Penulis kali ini akan membicarakan mengenai kehidupan dunia pada hari ini..

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."

Dunia hari ini memberikan kita kepada gambaran bahawa di mana nilainya kemanusia di atas muka bumi. Apabila yang kaya terus dikayakan dan yang miskin terus terhina di sisi mereka. Ada belas kasihankah kita?? Fenomena hari ini yang semakin dipengaruhi oleh dunia luar, budaya luar dan juga pengaruh yang sepatutnya tidak wujud di dalam masyarakat kerana ia adalah sesuatu yang di luar norma masyarakat pada hari ini. Namun apa yang menyedihkan ialah anak remaja hari ini lebih gemar kepada budaya yang mempengaruhi minda mereka...apa peranan kita sebagai masyarakat??? Apa pula tanggungjawab pemimpin masyarakat dan negara??? Itulah realiti kehidupan masyarakat hari ini...kerana kemewahan segalanya akan bertopengkan wang...dalam istilah feqah, "Matlamat menghalalkan cara". Kita sebagai masyarakat yang seakan terpinggir dan mungkin akan terus dipinggirkan jika tiada perubahan pada akal dan fikiran pihak yang berkenaan...justeru, marilah kita sama-sama memikirkan penghujung nya dunia kita MALAYSIA terCINTA!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Peminat

iluvislam