~~::~~IsTaNa kAsIh~~::~~

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian pada orang yang dalam ketakutan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Lafaz Bismillah pembuka bicara buat tatapan rakan-rakan sekalian...Blog Hembusan Kasturi ini direka bagi berkongsi kepada semua rakan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan pengalaman, minat, tazkirah dan pelbagai lagi isu yang boleh diutarakan. Justeru itu, blog ini juga akan saya gunakan sebagai wadah untuk berkongsi ilmu kepada semua pembaca tidak kira ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Di sini suka saya ambilkan terjemahan daripada surah al-'Alaq ayat 1 sehingga 5 yang berbunyi:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Seperti yang kita semua ketahui, ayat ini merupakan ayat pertama yang Allah s.w.t wahyukan kepada junjungan mulia Muhammad s.a.w. Apa yang menariknya di sini ialah bagaimana Allah telah memberi gambaran kepada manusia bahawa hakikat setiap insan harus mempelajari ilmu dan semestinya ilmu yang teragung ialah ilmu yang terkandung di dalam kitab-Nya. Masyarakat hari ini menuntut ilmu dengan seluas-luasnya, sehinggakan penemuan-penemuan saintis yang boleh dikatakan menginsafkan diri kita dan juga mereka yang mengkajinya. Tidak kurang juga semakin hebat seseorang memiliki ilmu, semakin alpa dan gah dirinya di khalayak ramai. Itulah fenomena dunia...

Untuk posting yang pertama ini, saya ingin meminta pendapat, kritikan serta idea yang boleh dimuatkan di dalam blog ini agar ia bukan sahaja untuk diri saya malahan turut akan berguna kepada masyarakat yang lain umumnya. Wallahu 'alam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Peminat

iluvislam